Friday, August 13, 2010

Jenis-jenis photobook

Terdapat 3 jenis photobook yang dikeluarkan oleh Khai Mohd Photography

1. SOFTCOVER BOOKS

Ciri-ciri:
Seperti yg anda tgk dalam gambar dibawah, softcover book ini mempunyai kulit album yang lebih lembut dan senang terlipat apabila tiada penjagaan rapi diaplikasikan. Walau bagaimanapun, material dalam album masih sama dengan photobook yang lain. Amat sesuai untuk gambar-gambar bersama kawan, majlis santai dan juga coretan percutian anda. Harganya juga lebih ekonomi berbanding photobook yang lain. Dengan hanya kos kurang daripada RM100, anda pasti tersenyum dengannya.


Kulit sofcover books lebih senang terlipat. 
Tetapi jika penjagaan rapi dilakukan, ia pasti seperti photobook yang lain.


Bahagian dalam softcover book.



2. PhotoWrap Hardcover Book

Ciri-ciri:
Untuk photobook jenis ini, kulit luarnya adalah sangat keras dan tahan lasak. Material di dalam adalah berkualiti dan tampak klasik. Photobook jenis ini menjadi kegemaran untuk gambar-gambar akad nikah, majlis persandingan, majlis keramaian atau juga catatan perjalanan diari anak anda dari kecil hingga besar.   Sangat sesuai untuk tatapan anak-anak anda kerana ia tidak mudah rosak. Walaupun harganya agak mahal sedikit, namun anda pasti berpuashati dengannya.



Contoh kulit luar yang mana kami boleh reka mengikut kehendak citarasa anda.
Saiz diatas adalah 12' x 12'


Helaian dalam yang berkualiti



3. PhotoWindow Hardcover Photobook

Ciri-ciri:
Sama seperti photobook di atas. Cuma yang bezanya adalah kulit keras luarnya yang kami tebuk seakan-akan bentuk "window". Sangat sesuai untuk gambar-gambar potrait, promosi business dan juga gambar talent. Harganya memang amat berpatutan dengan kualiti yang kami tawarkan.
 

Terpulang kepada citarasa anda berapa saiz untuk "window" tersebut di tebuk


Kualiti yang sangat terjamin.

* Setiap Photobooks mempunyai 40 pages. Maksudnya anda boleh masukkan seberapa banyak gambar yang anda inginkan.

* Untuk harga bagi setiap album tersebut, KLIK SINI












1 comments:

Khai Mohd Photography said...

nantikan promosi sempena Ramadhan dan Hari Raya

Post a Comment